Kehidupan peribadi Hunny Madu

Hunny Madu ialah anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Hatim Abdullah, berasal dari Kelantan dan Molina Musa yang berasal dari Johor.[1] Abang sulungnya ialah Hafiz Hatim yang juga pengacara dan penyampai radio.[1]

Beliau berkahwin dengan Khairul Azhar Abd Wahid pada tahun 2010 dan bercerai pada 2019.[2] Pasangan ini dikurniakan dua anak, iaitu Eva Medina dan Adam Musa.[3]